KOROBORI PENGAKAP SELANGOR 2012


Salam Pengakap.

Berikut adalah maklumat utama Korobori Pengakap Selangor 2012 untuk semakan dan tindakan kumpulan Unit PKK sekolah yang berminat :

Nama Program
KOROBORI SELANGOR 2012

Tarikh
28.9.2012 (Jumaat) hingga 1.10.2012 (Isnin)
4 hari 3 malam

Tempat
Mutiara Semenyih, Training Village and Eco Resort
Jalan Sungai Lalang, Hulu Semenyih
Selangor Darul Ehsan.

Sasaran
Pengakap Kanak-Kanak
Ahli PKK Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

Nisbah Ahli : Pemimpin
10 ahli : 1 Pemimpin

Sumbangan
Peserta : RM 60.00
Pemimpin : RM 10.00

Kaedah Pembayaran
Tunai. Di bawa bersama pada hari perkhemahan dan diserahkan kepada 
Ketua Kontijen PPM Gombak. Jangan Bank-in

Dokumen
Sila muat turun dokumen berikut untuk semakan dan tindakan selanjutnya.
p/s : jika ada masalah untuk download, sila emailkan maklumat anda ke ushafidzadc3249@gmail.com . Saya akan emailkan maklumat berkenaan kepada anda secepat mungkin.
Berikut adalah tindak kerja yang WAJIB dilakukan oleh Kumpulan PKK / sekolah yang berminat untuk menyertai Korobori Selangor 2012 :
  • Langkah 1 : Muat turun semua dokumen berkaitan
  • Langkah 2 : Baca dengan teliti setiap item dokumen dan fahami
  • Langkah 3 : Sebaran maklumat kepada semua ahli PKK sekolah anda
  • Langkah 4 : Edar Borang Penyertaan dan Borang Kebenaran Ibu / Bapa / Penjaga kepada ahli PKK yang berminat
  • Langkah 5 : Kumpul semua Borang Penyertaan
  • Langkah 6 : Buat Salinan Fotokopi Borang Penyertaan Ahli yang lengkap (untuk dihantar ke PPM Gombak)
  • Langkah 7 : SMS bilangan Penyertaan 016.2364.155
  • Langkah 8 : Lengkapkan Form Pendaftaran dibawah
  • Langkah 9 : Bawa Borang Pendaftaran dan Tunai (Sumbangan) bersama pada hari Perkhemahan dan serah pada Ketau Kontijen PPM Gombak.
Maklumat tambahan atau terkini berkaitan Korobori Selangor 2012 ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui blog PPM Gombak dan SMS. Bagi kumpulan PKK / sekolah yang berminat, sila SMS Nama Pemimpin, Sekolah dan No. HP Pemimpin ke 016.2364.155 (ADC Pentadbiran) untuk mempercepatkan proses penyampaian maklumat terkini.

Tarikh Maklum Balas Penyertaan
18 September 2012 (Selasa)
Sila SMS perkara berikut :
  • Nama Sekolah
  • Bilangan penyertaan Tahun 4
  • Bilangan penyertaan Tahun 5
  • Bilangan Penyertaan Tahun 6
  • Nama Pemimpin bertugas
  • No. HP Pemimpin bertugas


Previous Post Next Post