LAPORAN PENDAFTARAN PPM GOMBAK 2012 - FASA 1

Salam 1 Malaysia.

Salam Ramadhan buat semua. Semakan pendaftaran telah selesai dilaksanakan di peringkat daerah. Pelbagai masalah timbul berhubung dengan proses Pendaftaran Kumpulan Pengakap Sekolah dalam Daerah Gombak bagi tahun 2012. Masalah ini berpunca daripada :
  • pengaplikasian / penggunaan Sistem eScout
  • kesilapan pengiraan pada Borang PPM 1B dalam Sistem eScout
  • peralihan tugas menguruskan pendaftaran pada 'orang baru'
  • kurang inisiatif di kalangan Pemimpin / Pentadbir
  • masalah kutipan yuran
Sehubungan dengan itu, segala kepincangan yang berlaku adalah pengajaran yang 'terbesar' bagi saya secara peribadi. Namun demikian, semua masalah sedang diteliti agar ia tidak berulang pada tahun 2013 dan seterusnya.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memaklumkan bahawa Sistem eScout sedang dikemaskini semula, khususnya pada bahagian perkiraan bagi Borang PPM 1A dan PPM 1B serta bahagian-bahagian tertentu. Justeru itu, saya amat berharap semua pemimpin dapat memberikan komen atau pandangan dalam apa jua bentuk luahan kepada saya melalui email ushafidz3249@gmail.com untuk semakan dan tindakan susulan saya.

Bagi sekolah yang belum menerima Sistem eScout atau tidak dapat memuat turun Sistem eScout, harap dapat bersabar. Sistem berkenaan akan diberikan secara PERCUMA kepada semua sekolah dalam Gombak sedikit masa lagi. Ini berikutan tindakan PPM Gombak untuk mempastikan proses pendafataran kumpulan Pengakap dapat disusun atur dengan lebih sistematik. Namum demikian, Borang PPM 1A dan Borang PPM 1B format excel masih boleh digunapakai jika terdapat masalah pada Sistem eScout berkenaan.

Jangan disebabkan sistem error, sekolah mengambil tindakan mengabaikan pendaftaran kumpulan. Borang excel tetap boleh digunapakai. Borang berkenaan akan terus digunakan sebagai langkah alternatif selagi mana Sistem eScout tidak stabil dan mantap. Format borang berkenaan boleh dimuat turun atau dibina sendiri oleh pemimpin sekolah berdasarkan format yang telah dimaklumkan. Bagi pembeli Sistem eScout, harap anda telah selesai membuat tuntutan / claim kepada pihak sekolah.

Berikut adalah senarai sekolah yang telah diproses Pendaftaran Kumpulannya untuk PENDAFATARAN PPM GOMBAK FASA 1 :
  1. SK Klang Gate
  2. SK Kuala Ampang 1
  3. SMK Taman Melawati
  4. SK Gombak 1
  5. SK Gombak 2
  6. SMK Gombak Setia
  7. SJKC Kheow Bin
  8. SJKT Batu Caves
  9. SK Taman Selayang 1
  10. SMK Taman Selayang
  11. SMK Seri Selayang
  12. SK Selayang Jaya
  13. SK Selayang Utama
  14. SMK Ideal Heights
  15. SK Taman Ehsan
  16. SK Taman Setia
  17. SBPI Gombak
  18. SJKT Saraswathy
  19. SK Taman Desa
  20. SM Teknik Sg Buloh
  21. SK Bandar Baru Sungai Buloh
  22. SJKT Rawang
  23. SK Sinaran Budi
  24. SK Bukit Rawang Jaya
  25. SK Sungai Tua Baharu
  26. SK Taman Desa 2
  27. Kelana A
  28. Kelana G - Laut
Bagi sekolah / kumpulan yang telah menghantar dokumen tetapi tidak disenaraikan, sila hantar salinan dokumen PPM 1A, PPM 1B dan Bukti Pembayaran kepada saya semula sama ada melalui email atau by hand ke pigeon hold SK 1 Kuala Ampang di PPDG atau apa sahaja cara yang difikirkan cepat, sesuai, selamat dan mudah dengan segera. Sesi Pendaftaran PPM Gombak FASA 2 sedang dilaksanakan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post