Sekalung Tahniah Datuk Hj. Abdul Rahim Bin Kamaruddin



Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ybhg. Datuk Hj. Rahim Bin Kamaruddin, Pengerusi Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Gombak di atas Penganugerahan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV, Sultab Muhammad V, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2017. Semoga penganugerahan ini dapat memberi semangat kepada Datuk Hj. Rahim untuk terus bersemangat memajukan Pengakap Daerah Gombak. Ucapan tahniah sekali lagi dari kami, Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Gombak dan seluruh ahli Pengakap Daerah Gombak. Semoga Pengakap Daerah Gombak akan terus maju di bawah kepimpinan Datuk Hj. Rahim.

Previous Post Next Post