PENDAFTARAN PPM GOMBAK 2012


Salam Pengakap dan Salam 1 Malaysia.

Bagi tahun 2012 ini, PPM Gombak telah memberanikan diri mengorak langkah dari PPM Daerah, negeri lain dalam proses pendaftaran keahlian dan pelaksanaan aktiviti kepengakapan di peringkat kumpulan (sekolah) dengan memperkenalkan inovasi sulungnya iaitu System eScout v2.0.

Sistem eScout v1.0 telah mula dibangunkan pada awal Februari 2011 dan telah mula disebarluaskan ke semua sekolah di Malaysia untuk tujuan percubaan dan maklum balas sistem. Pelbagai idea dan kritikan telah diberikan oleh beberapa orang Pemimpin Pengakap dari beberapa buah negeri yang mahukan pelbagai fungsi diletakkan di dalam sistem berkenaan.

Semua idea dan maklum balas berkenaan telah disemak dan diteliti oleh admin system berkenaan dan telah berusaha mengubahsuai sistem berkenaan berdasarkan keperluan, keserasian dan kemampuan IT di kebanyakan sekolah. Perubahan demi perubahan telah dilakukan demi memantapkan sistem berkenaan. Kini system berkenaan telah mula digunakan di beberapa buah daerah dalam negeri Selangor dan beberapa buah negeri di Malaysia.

Bagi daerah PPM Gombak, bukan setakat system ini sebagai suatu inovasi, malah 1 lagi inovasi telah dicetuskan dengan kaedah pengumpulan maklumat Kumpulan PPM Gombak secara atas talian atau Online. Sistem ini bertujuan menyimpan semua data eScout dalam daerah Gombak di samping menyimpan data asas semua Kumpulan PPM dalam daerah Gombak. Di samping proses merekod pembayaran yuran keahlian turut dimurnikan bagi mengelakkan sebarang kesilapan pada pengurusan kewangan PPM Gombak.

PPM Gombak juga sedang berusaha mengunakan semua medium yang ada bagi menyalurkan maklumat ke semua sekolah dengan cepat dan pantas di samping mengatur pelbagai program bagi memartabatkan pengurusan PPM khususnya daerah Gombak. Laman blog PPM Gombak juga turut mengalami sedikit sentuhan dengan memperkenalkan beberapa menu yang dikira mampu memantapkan informasi dan pelaksanaan PPM di semua peringkat.

Namun demikian, PPM Gombak secara ikhlasnya masih mengharapkan idea dan bantuan dari semua ahli PPM sama ada PPM Gombak atau sekitarnya, agar dapat memberikan idea-idea atau pun kritikan atas tujuan bagi melahirkan Ahli Pengakap yang Berwibawa dan mempunyai Akal Budi yang tinggi. Jangan lupa gunakan ruang PPM Cadangan atau PPM Chat untuk melontarkan idea anda. Kami selaku insan yang diamanahkan akan mengambil kira semua idea dan kritikan yang dilontarkan demi kebaikan bersama dan demi memantap pengurusan PPM Gombak yang berinovasi dan berwibawa. Takbir ! ...


Post a Comment

Previous Post Next Post