KPPN Baru

Tahniah kepada YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman atas perlantikan selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang baru. Majlis ringkas dan penuh bersejarah ini telah di langsungkan pada hari ini 21hb.Februari,2012 jam 4.30 petang, di Rumah BP, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis di sempurnakan oleh YBhg Ketua Pengakap Negara Dato Seri Peduka Dr. Haji Shafie Mohd Salleh dan di saksikan oleh kedua-dua Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Awang Zaini Suntim dan Dato Hj Abdul Kadir, hadir sama Ketua Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia Encik Mohd Zaki Nuru-udin.