Kempori Gombak 2014

Selamat ber-Kempori kepada semua ahli pengakap Gombak yang akan bermula hari ini sehingga 21 April nanti. Ada banyak aktiviti yang akan dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Semoga semua peserta bergembira dan dapat mempelajari sesuatu sepanjang perkhemahan dijalankan. Jangan lupa mengenai adab dan disiplin anda juga ,ye!
Ok, dibawah ini adalah senarai yang perlu dibawa oleh para peserta:

1. Uniform lengkap
2. Baju T yang mencukupi ( musim hujan sekarang ni)
3. Kasut sukan
4. seluar panjang / seluar trek yang mencukupi
5. Khemah (jangan lupa yang satu ni)
6. Bekas makanan ( bagi mengambil makanan unuk kumpulan)
7. Buku log
8. Kain tuala dan alatan untuk mandi
9. Kain pelikat/ seluar panjang dan baju yang bersih untuk solat
10. Pinggan dan cawan
11. Ubat-ubatan jika perlu
12. Perasaan dan hati yang gembira
13. ...dan lain-lain alatan / keperluan yang difikir perlu....

Buat Habis Baik!
Previous Post Next Post