No title


Untuk makluman semua ahli pengakap Gombak, tarikh Jambori 1Belia 1Malaysia telah berubah dan  berikut butiran mengenainya:


 a. Tarikh daftar diri: 24 Mei 2012.

b. Masa : 2.00 – 5.00 petang.

c. Tempat : Putrajaya  (Berhampiran Kementerian Kewangan/ Tapak ’Sure Heboh’/ Pasar Malam).

d. Kit jambori:  Rm 10.00 seorang x  jumlah peserta setiap daerah mesti  diserahkan kepada pihak kontinjen negeri  semasa  Mesyuarat  Program Negeri  Selangor di Kem Templer pada  20 Mei 2012.

Jika lewat bayar,  pihak kontinjen tidak  akan bertanggungjawab tentang pembelian kit  kerana  pada  tahun ini  pihak PPM @ pihak jawatankuasa induk jambori (ajk  kit/goodies)  tidak mampu menanggung kos penyediaan kit.  Tempahan kit/goodies adalah  mengikut senarai  daftar  peserta  yang diberi  oleh kontinjen negeri  bersama wang tunai.

Jika bayaran dibuat selepas senarai nama peserta kontinjen diserahkan kepada pihak PPM, kit/goodies akan diperolehi  juga selepas tamat  jambori  ( tempoh sebulan). Urusan ini bukan lagi di bawah tanggungan kontinjen negeri.
                                                                             
e. Senarai Peserta : Senarai nama peserta daerah dan pemimpin pengiring mesti diserah  kepada pihak  kontinjen  negeri semasa  Mesyuarat  Program Negeri  Selangor di Kem Templer pada  20 Mei 2012. Pihak kontinjen akan memasukkan nama-nama pemimpin tersenarai sebagai pemimpin bertugas @ AJK Kontinjen negeri.

Urusan pelepasan peserta dan pemimpin adalah di bawah tanggung jawab PPM daerah masing-masing. Pesuruhjaya Daerah  diminta bekerjasama dengan pihak PPD untuk mendapatkan surat pelepasan pemimpin dan peserta ke jambori tersebut. (Rujuk surat kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia)  

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi mana-mana sekolah yang ingin mengambil bahagian, sila berhubung dengan En. Rosdi Musa (012-3556732) atau En. Mohd Faizal (012-2596067). Urusan penyertaan hendaklah dibuat awal kerana tempat adalah terhad kepada dua ratus orang peserta sahaja dan pihak PPM perlu membuat pengesahan dan bayaran pada 20 Mei ini. Selain itu, pada Jambori kali ini pihak PPM memohon supaya penyertaan pelajar hendaklah bersama-sama dengan guru pengiring bagi mengawasi pelajar sekolah masing-masing. Terima kasih. 

P.S: senarai sekolah yang menyertai akan disiarkan di blog ini bagi tujuan semakan.



                           


Previous Post Next Post