PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU PATRIOTIK PASUKAN PENGAKAP SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,



Salam Pengakap!


PPM Daerah Gombak dengan sokongan PPM NEGERI SELANGOR dan juga PPD GOMBAK akan menganjurkan satu pertandingan nyanyian solo selaras dengan suasana pandemik Covid -19 kini. Justeru itu, pertandingan ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada murid mempamerkan kemahiran teknologi maklumat di samping membuat perkongsian kemahiran dan pengalaman yang ada pada murid. Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform walaupun pelaksanaan aktiviti secara berpusat seperti perkhemahan, kursus, dan sebagainya tidak dilaksanakan.


Objektif aktiviti :

1- Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah;

2- Berkongsi kemahiran ilmu Pengakap yang dipelajari daripada guru dan jurulatih;

3- Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran pembelajaran teknologi maklumat; dan 

4- Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti ahli pasukan badan beruniform.


Pelaksanaan aktiviti :

1- Cabaran Nyanyian Solo Lagu Patriotik dijalankan dalam dua (2) peringkat iaitu Peringkat Negeri dan Peringkat Daerah. Pelaksanaan di peringkat negeri dan daerah akan oleh PPM Daerah Gombak. 


2- Tarikh pertandingan ini dijalankan adalah seperti berikut: a. Peringkat Negeri dan Daerah - 25 Ogos hingga 9 September 2021 


3- Pertandingan ini terbuka kepada 3 kategori iaitu: 

    a. Sekolah Rendah – Pengakap Kanak-Kanak 

    b. Sekolah Menengah – Pengakap Muda dan Pengakap Remaja 

    c. Terbuka – Pengakap Kelana dan Pemimpin Pengakap


Bilangan penyertaan bagi setiap sekolah adalah seperti berikut: 

1- Pasukan Pengakap Peringkat Negeri 

     - 4 penyertaan bagi setiap unit bagi setiap daerah mengikut daerah masing-masing.


2- Pasukan Pengakap Peringkat Daerah Gombak

    - 4 penyertaan bagi setiap unit bagi sekolah-sekolah di daerah Gombak 

    - 4 terbaik bagi setiap unit akan masuk ke peringkat negeri


Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli Pasukan Pengakap untuk terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video) ekoran pengawalan aktiviti sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerjaaan bagi menangani penularan Novel Coronavirus (Covid-19). Penyertaan murid dalam pertandingan ini juga akan membolehkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan iaitu kemahiran teknologi maklumat (IT) di samping berkongsi kemahiran dan bakat yang ada pada mereka.


Sebarang persoalan dan kemusykilan boleh berhubung :

1)    Mohd Faizal bin Mohd Merzukhi 

    Penolong Pesuruhjaya PPM Gombak / 

    Pegawai Teknik Pengakap PPD Gombak 

    Talian : 018-2666835 


2) Mohd Syamshul bin Sidik 

    Penolong Pesuruhjaya PPM Gombak / 

    Sekretariat Pertandingan 

    Talian : 016-3757310 (telegram: https://t.me/CfuSyamz) 


3) Norzihan bt. Abd. Aziz 

    Penolong Pesuruhjaya PPM Gombak / 

    Sekretariat Pertandingan 

    Talian : 019-3503054 


PAUTAN PENTING :

1) BORANG PENYERTAAN DAN PENGHANTARAN VIDEO PENGAKAP KANAK-KANAK

2) BORANG PENYERTAAN DAN PENGHANTARAN VIDEO PENGAKAP MUDA/REMAJA

3) BORANG PENYERTAAN DAN PENGHANTARAN VIDEO PENGAKAP KELANA DAN PEMIMPIN

4) SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Post a Comment

Previous Post Next Post