SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU PATRIOTIK PASUKAN PENGAKAP SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

1) Pertandingan ini terbuka kepada 3 kategori iaitu: 

    a. Sekolah Rendah – Pengakap Kanak-Kanak 

    b. Sekolah Menengah – Pengakap Muda dan Pengakap Remaja 

    c. Terbuka – Pengakap Kelana dan Pemimpin Pengakap 

2) Pertandingan ini melibatkan acara individu sahaja. Kecuali Kelana dan Pemimpin Pengakap.

3) PERATURAN NYANYIAN :

        Peserta dikehendaki membuat rakaman video nyanyian lagu patriotik Bahasa Melayu atau bahasa           Inggeris menggunakan minus one. 

    -    Nyanyian sambil bermain alat muzik atau diiringi oleh kugiran adalah tidak dibenarkan

    -    Rakaman video hendaklah berterusan dan tidak boleh diedit atau disunting. 

    -    Peserta dikehendaki memakai uniform lengkap (dibenarkan untuk mengenakan aksesori tambahan          yang berkaitan dengan lagu) 

    -    Durasi masa - tidak melebihi 6 minit

4) PENGHANTARAN BAHAN PERTANDINGAN :

    -    Peserta dikehendaki memuat naik bahan penyertaan ke Youtube (mode 'unlisted')  dan menghantar          pautan (link) ke aplikasi google form yang disediakan urusetia sebelum atau pada 9 September 2021

5) Aspek penilaian

    - suara, tempo,diksi,kreativiti,penghayatan,gaya persembahan,pakaian(uniform).

6) Sijil

    -eSijil penyertaan dan pencapaian peringkat negeri dan daerah akan disediakan oleh PPM Daerah             Gombak.

7) KEPUTUSAN JURI ADALAH MUKTAMAD.


Disediakan oleh,

Sekratariat Pertandingan Nyanyian Solo.

Post a Comment