HIMPUNAN PERSAUDARAAN BP DAERAH GOMBAK

Tujuan Program ialah untuk menghimpunkan bekas-bekas pemimpin dan ahli-ahli pengakap yang tinggal di daerah Gombak yang masih mempunyai rasa cinta pada pengakap. Dalam majlis ini juga akan dilancarkan penubuhan Kumpulan Persaudaraan BP Daerah Gombak bagi merealisasikan hasrat Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Tuan Ibrahim bin Yaacob untuk mengembangkan sayap pergerakan pengakap di peringkat daerah. Di samping memberi ruang dan peluang kepada bekas-bekas ahli untuk aktif semula dalam pergerakan pengakap walaupun dalam kumpulan bukan beruniform. Walaupun bergerak tanpa uniform rasmi, kumpulan ini masih boleh menyumbangkan tenaga kepada pergerakan beruniform di peringkat daerah. Kumpulan ini juga boleh merancang aktiviti tersendiri untuk ahli-ahli di samping menyertai pelbagai aktiviti kepengakapan di peringkat negeri dan juga kebangsaan maupun antarabangsa seperti jambori dan sebagainya. Apa yang penting bekas-bekas ahli pengakap ini dapat bergabung semula di bawah satu bumbung persatuan yang sah di sisi undang-undang.

Previous Post Next Post