ISU PENDAFTARAN

Bagi tahun 2012, semua maklumat berkaitan kegiatan Pengakap PPM Gombak akan diupload di laman blog PPM Gombak. Ini bagi mengatasi masalah penyampaian maklumat melalui email sekolah atau email peribadi.

Kemudian SMS melalui sistem bulk (+60163179627) akan diberikan kepada semua Pesuruhjaya dan Pemimpin yang telah berdaftar di Database eScout. Jangan reply ke no berkenaan. Sebarang pertanyan berkaitan dengan apa sahaja urusan PPM Gombak, sila hubungi DC atau ADC yang berkaitan.

Kepada Pemimpin yang belum mendaftarkan diri di database eScout, sila berbuat demikian dengan kadar segera bagi mengelakkan anda dari keciciran maklumat.

Berkaitan urusan Pendaftaran Keahlian dan Permohonan Tauliah Pemimpin bagi tahun 2012, tarikh akhir penghantaran telah dilanjutkan ke 25 MAC 2012. Ini berikutan banyak sekolah menghadapi masalah dalam urusan kutipan yuran keahlian. Pihak PPM Gombak berharap agar semua kumpulan dalam Gombak mendaftarkan kumpulan masing-masing. Kita menyasarkan dan akan memastikan semua kumpulan Pengakap sekolah dalam Gombak berdaftar.

Bagi urusan pendaftaran ini juga, banyak timbul persoalan antaranya ialah :

Soalan :
Kalau tidak mahu daftar adakah menjadi suatu kesalahan ?
Jawapan :
Yes. Menyalahi Akta lagi. Untuk keterangan lanjut sila muat turun surat arahan dari Majlis Pengakap Negeri Selangor ini - Download

Soalan :
Kalau saya nak daftar, siapa yang saya kene daftarkan ?
Jawapan :
Kumpulan Pengakap sekolah anda, Semua Pemimpin / Pen. Pemimpin, Semua Ahli Biasa dan Semua Ahli Unit.

Soalan :
Apa beza Ahli Biasa dan Ahli Unit ?
Jawapan :
Ahli Biasa terdiri daripada Pengetua / Guru Besar, Pen. Kanan Kokurikulum atau mana-mana di kalangan pentadbir dan PIBG manakala Ahli Unit ialah ahli Pengakap sekolah anda. Ahli unit mungkin terdiri dari kalangan Pengakap Kanak-Kanak (PKK), Pengakap Muda (PM), Pengakap Remaja (PR) dan Pengakap Kelana (PK).

Soalan :
Ahli Pengakap sekolah saya susah sangat nak daftar, maksud saya susah nak bayar yuran. Saya dah penat bagi date line, tapi masih ramai yang tak bayar. Apa perlu saya buat ?
Jawapan :
Senang je. Firstly kumpulkan semua bayaran Pemimpin / Pen. Pemimpin, Ahli Biasa dan Ahli Unit yang sudah membayar, jumlahkan kesemua yang sudah berbayar setakat hari date line yang ditetapkan oleh cikgu, tambahkan RM 10.00 bagi yuran untuk kumpulan, dapat jumlah tu, daftar n bank in setakat yang termampu dikutip. Jika berlaku ade lagi ahli unit atau pemimpin yang ingin berdaftar, anda boleh kemukakan permohonan pendaftaran kali ke 2. Tapi perlu diingatkan, pendafataran kali ke 2 ni hanya untuk daftar ahli yang tercicir sahaja, yuran kumpulan tak perlu dah daftar. Jangan risau, kami sentiasa update rekod pendaftaran kami.

Sekian harap maklum.

ADC Pentadbiran dan IT.

Post a Comment

Previous Post Next Post